Biografi Syeikh Sholeh Ja’fari R.A.

   

Pendahuluan
Nama beliau adalah Soleh bin Muhammad bin Soleh bin Muhammad bin Rifai’e keturunannya bersambung dengan Ja’far As-Shodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Imam Ali bin Abi Thalib Suami Fatimah Az-Zahra binti Rasulullah Saw..

Beliau dilahirkan pada hari Kamis bertepatan dengan 10 Jumadil Akhir tahun 1328 hijrah di sebuah desa di wilayah Dunqula, Sudan. Keluarganya berasal dari Mesir tetapi pindah dan menetap di Sudan.

Beliau merupakan pendiri Tariqat Ja’fariyah. Tariqat ini berdasarkan pada Al-Quran, hadits, dan memuji nabi (madaih Nabawi). Tariqat ini lahir, membesar dan tumbuh dalam Masjid Al-Azhar, yang kemudian sekarang bermarkas di Darosah.



Kakek, Syekh Sholeh bin Muhammad

Kakeknya juga bernama Syeikh Sholeh bin Muhammad adalah dari kalangan ulama Az-Azhar dan menumbuh kumpulan hafiz Al-Quran dan pengajian di salah satu masjid di Dunqula. Perjalanan hidup kakeknya ini membawa kesan yang sangat mendalam terhadap kehidupan Syeikh Sholeh dan mewarisi sikan haus akan ilmu, beribadah dan meninggalkan perhiasan dunia yang sementara ini. Beliau banyak belajar ilmu tajwid dan menghafal Al-Quran dari kakeknya dan guru-guru di sekitar Dunqula.



Ayahnya, Muhammad bin Soleh

Ayahnya, Syeikh Muhammad pula seorang petani yang bekerja mengurusi lading di siangnya manakala bangun malam dan beribadah hingga hamper waktu subuh. Beliau pergi ke Masjid lebih awal dan membuka pintu masjid, menghidupkan lampu-lampu dan mengimami sholat jemaah. Setelah itu, beliau pulang ke rumah untuk mengejutkan keluarga sebelum terbit matahari dan bersiap ke kebun selepas menikmati sedikit juadah sarapan yang disediakan isterinya. Begitulah rutinitas harian Syeikh Muhammad.



Masa Remaja Beliau

Sejak kecil, beliau mendapat didikan langsung dari kedua orang tuanya dan kakeknya yang amat kuat berpegang pda agama. Pada usia 14 tahun, beliau telah menghafal Al-Quran di masjid Dunqula yang di dalamnya terdapat makam Syikh Abdul Ali bin Ahmad bin Diris di Masjid Dunqula. Beliau telah mengambil rariqat Ahmadiyah Idrisiyah pada usia 19 tahun dari gurunya, Sayyid Muhammad As-Syarif bin Sayyid Abdul Ali bin Ahmad bin Idris (cucu kepada Maulana Sayyid Ahmad Idris).

Syeikh Sholeh telah berumah tangga pada usia melewati 14 tahun. Ketika umur 20 tahun, beliau dikaruniai seorang puteri bernama Fathiyah dan putera bernama Abdul Ghani. Syeikh soleh kemudian mengembara menuntut ilmu hingga ke Universitas Al-Azhar.



Guru-guru beliau

Diantara guru Syeikh Sholeh:

   1. Syeikh Muhammad Bakhit Al-Mut’ie (usianya mencapai 103 tahun)
   2. Syeikh Habibullah As-Syanqiti
   3. Syeikh ‘Allamah Yusuf Ad-Dijwi (‘alim tafsir dan hadits, merupakan anggota Jemaah Ulama Al-Azhar)
   4. Syeikh Ali As-Syaib
   5. Syeikh Hasan Madzkur
   6. Syeikh Muhammad Hassanain Makhluf Al-Adawi (mantan Mufti Mesir)
   7. Syeikh Muhammad Al-Halab
   8. Syeikh Abdul Khaliq As-Syubrawi
   9. Sayyid Ahmad As-Syarif Al-Ghumari (ulama Maghribi
  10. Syeikh Hasan Masyat (ulama dari Mekah) dan masih banyak yang lainnya.



Pengajian di Al-Azhar

Syeikh Sholeh telah menuntut ilmu dari para syeikh ketika menempuh pengajian di Al-Azhar. Antara lain Syeikh Muhammad Ibrahim As-Samaluti. Setelah beberapa bulan mengaji, Syikh Sholeh merasa amat kecewa dan berdukacita dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terlalu bebas dan sauasana hidup di sana yang sangat beda dengan kehidupan di kampong. Lalu terdetik di hatinya untuk pulang ke kampong saja untuk menghindari dari maksiat yang ada di depan mata.

Pada suatu hari, Syeikh Muhammad Ibrahim As-Samaluti telah membicarakan masalah ini dengan Syeikh Sholeh sambil berkata: “jangan kamu sangka para wali itu hidup dalam khalwat (lari dari masyarakat) saja. Tapi wali yang sebenarnya adalah mereka yang hidup dalam kala jengking tapi ia tidak mampu menyengat kamu. Duduklah di sini dan bermujahadahlah.



Kesusahan Dalam Belajar

Syeikh Sholeh Ja’fari juga banyak melalui kesusahan sepanjang perjalanan pengajiannya di Al-Azhar. Beliau pernah tidak makan beberapa hari karena kehabisan uang. Syeikh bercerita: “Acapkali aku tidur dalam keadaan lapar bahkan pernah 4 hari aku tidak makan apa-apa.

Hingga suatu malam, karena terlalu lapar beliau menangis lalu terlelap. Dalam mimpinya, beliau bermimpi menemui Sayyid Ahmad Badawi (Sorang wali Qutub, keturunan Rasulullah yang makamnya berada di Tanra) dalam keadaan mukanya tertutup kemudiannya dia membuka wajahnya dan aku mendapati wajahnya berseri-seri seperti bulan purnama. Lalu dia bertanya “Hai Sholeh, kenapa kau menangis?”. Aku jawab “Karena terlalu lapar”. Lalu Sayyid Ahmad Badawi berdoa, “Semoga Allah luaskan rezeki untuk kamu tapi pesanku kamu jangan lupa nasib saudara-saudaramu yang lain”.



Pasca Studi

Setelah menimba ilmu di Al-Azhar hingga mendapat Ijazah “Alamiyah Al-Aliyah” yang setaraf dengan Ph.D. zaman sekarang, beliau pulang ke kampong halamannya di Dunqula.

Beliau tinggal bersama keluarganya selama 3 bulan hingga satu malam beliau bermimpi Sayiidah Sukainah dan Zainab (kedua-duanya Ahli Bait Rasulullah). Mereka berdua berkata, “ Sesungguhnya Sholeh telah meninggalkan kami dan sibuk dengan isteri dan anak-anaknya di kampong.” Ketika terjaga dari tidur, Syeikh Sholeh langsung menangis dan bergegas kembali ke Kairo.



Imam Masjid Al-Azhar

Syeikh Sholeh telah dilantik sebagai Imam dan Khatib di Masjid Al-Azhar. Sepanjang bertugas sebagai imam, beliau telah banyak mewakafkan diri dakalam bidang dakwah dengan menyampaikan ilmunya kepada msyarakat.

Beliau juga terkenal dengan ‘Syeikh Pengajian Jumaat’ karena seusai sholat Jum’at hingga masuk waktu Asyar beliau mengadakan pengajian tafsir dan hadits di Masjid Al-Azhar.

Dr. Abdul Halim Mahmud telah memberikan gelar kepada Syeikh Sholeh dengan “Kiblat Ilmu” karena ketinggian ilmu beliau dan sebagai balasannya Syeikh Sholeh memberikan Al-Azhar dibawah kepemimpinan Dr. Abdul Halim ketika itu sebagai “Ka’bah Ilmu”.

Pesan beliau, “Al-Quran dan Hadits adlah dua mukjizat agung. Menjadi kewajiban Al-Azhar memelihara mukjizat tersebut:. Kata Syeikh Sholeh: “Al-Azhar diambil namanya diambil dari anak kesayangan Rasulullah Saw. Yaitu Fatimah Az-Zahra.”



Wafat Beliau

Setelah sekian lama mengabdikan diri dan mencurahkan ilmu di jalan Allah, Syeikh Sholeh telah dijemput menghadap Allah pada Senin sore, 18 Jumadil Awal tahun 1399 hijrah (sekitar tahun 1979 Masehi) ketika berusia 71 tahun. Jasad beliau telah dikebumikan di Masjid yang dibina sebelum kewafatannya di Hayyul Khailidin, Darrasah, Kairo. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Azhar.

Di antara yang menjdai murid beliau juga adalah Al-marhum Sayyid Muhammad “alawi Al-maliki Al-hasani, seorang ‘alim dari Mekah yang berketurunan Rasulullah dari cucu Saidina hasan bin Imam Ali. Semoga Allah Allah meridhai Syeikh Sholeh Ja’fari dengan keridhoan dan membalas segala pengabdiainnya baiknya dengan sebaik-baik balasan.



Tariqat Ja’fariyah

Pendiri              : Syeikh Sholeh Ja’fari

Syeikh Umum   : Syeikh Abdul Ghani

Didirikan di       : Masjid Al-Azhar

Dasar               : Al-Quran dan Sunnah

Mazhar Fiqih    : Keempat-empat mazhab

Semboyan        : Lâilâha illallâh Muhammad Rasulullâh fi Kulli Lamhatin wa Nafasin ‘Adada ma Wasi’ahu ‘ilmullâh

Asas                 : Madaih Nabawiyah

Manjaj             : mendidik berperilaku dengan Allah, Rasulullah, syeikh dan saudara seislam lain.



Ringkasan Syeikh Sholih Ja’fari, al-Husaini, al-Maliki, al-Azhari

Keturuanan       : Saidinan Ja’far As-Shodiq

Mazhab            : Maliki

Aqidah             : Asy’ari

Lulusan             : Al-Azhar


*Diambil dari Biografi Syeikh Aholeh Ja’fari R.A. yang ditulis oleh Abna’ Syikh Sholeh Ja’fari Malaysia Kairo.

0 Response to "Biografi Syeikh Sholeh Ja’fari R.A."

Posting Komentar